Isnin, 15 Disember 2008

Ajaran Sesat ......

1. Ajaran sesat ialah sebarang ajaran atau amalan yang dibawa oleh orang-orang Islam atau bukan Islam yang mendakwa bahawa ajaran dan amalan tersebut adalah ajaran Islam atau berdasarkan kepada ajaran Islam sedangkan hakikat ajaran dan amalan yang dibawa itu bertentangan daripada Islam yang berdasarkan al-Qur'an dan al-Sunnah serta juga bertentangan dengan ajaran ahli Sunnah wal jamaah.
2.Beberapa faktor (punca) telah dikenalpasti oleh JAKIM sebagai punca berlaku penyelewengan akidah, antaranya yang paling utama ialah:
i. tersebarnya secara meluas buku yang berunsur ajaran sesat di pasaran atau melalui koleksi khas para "guru" ajaran-ajaran sesat berkenaan
ii. ramai kalangan individu yang cuba menonjolkan diri sebagai orang yang arif dalam ilmu-ilmu pengubatan dan agama semata-mata bertujuan kerana kepentingan diri atau lain-lain kepentingan dengan berbagai-bagai gelaran

Lain-lain faktor ialah:
i. Tasawwuf falsafah @ Teosofi
ii. Ajaran Batiniah
iii.Ajaran Syiah
iv.Khurafat, Amalan Bomoh dan Tradisi
v. Usaha menjauhkan umat Islam dari al-Qur'an dan al-Sunnah.

Dalam usaha mengatasi masalah ajaran sesat ini, pihak berkuasa agama Islam negeri-negeri dan JAKIM telah bekerjasama erat melalui berbagai program dan Jawatankuasa-jawatankuasa berkaitan yang bertujuan bagi mengembalikan mereka kepada akidah yang sebenar. Antara usaha yang dilakukan ialah dengan:
i-menyediakan pengajaran dan pendidikan Islam formal dan tidak formal secara berterusan di Institusi-institusi pelajaran
ii-mentahqiq kitab-kitab lama yang dikenalpasti mempunyai unsur-unsur penyelewengan atau yang dikhuatiri boleh menyumbang kepada penyelewengan akidah
iii-mengadakan ceramah-ceramah / taklimat dan seumpamanya.
iv-menerbitkan buku dan risalah yang berkaitan dengan akidah
v-penerangan melalui media elektronik dengan menyediakan slot khas mengenai ajaran salah dalam program anjuran Bahagian Dakwah dan Bahagian Media Elektronik JAKIM.

*** Dipetik dari Laman Web Jakim http://baheis.islam.gov.my/web/musykil_new.nsf ***

Tiada ulasan: