Selasa, 30 Disember 2008

1 minit mengingat ALLAH s.w.t ............

Masa yang berlalu takkan kembali, keadaan sibuk sehari-harian menyebabkan kita letih dan lupa. Tapi, dalam keadaan yang serba sibuk, ruangkanlah sedikit masa untuk mengingati ALLAH s.w.t supaya ALLAH s.w.t sentiasa mengingati kita.

Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih:

  • SUBHANA'LLAH
  • ALHAMDULI'LLAH
  • LA I LAHA ILLA'LLAH
  • ALLAHU AKBAR
  • ASTAGHFIRU'LLAH
  • LA ILAHA ILLA'LLAH, MUHAMMADUN RASULU'LLAH
  • ALLAHUMMA SALLI WA SALLIM WABARIK 'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA AALIHI WA SAHBIH AJMA'EEN

Isnin, 29 Disember 2008

Sedikit Tentang Muharram .......

Muharram
Muharram ertinya "yang diharamkan" atau "yang dipantangkan". Dinamakan Muharram kerana pada bulan ini dilarang berperang atau menumpahkan darah. Larangan ini berlangsung terus sampai pada masa permulaan Islam.

Peristiwa yang terjadi pada 10 Muharram ......

  1. Taubat Nabi Adam a.s diterima oleh ALLAH s.w.t
  2. Nabi Idris a.s diangkat ke syurga
  3. Nabi nuh a.s diselamatkan dalam pelayarannya
  4. Nabi Ibrahim a.s diselamatkan ALLAH s.w.t dari dibakar Raja Namrud
  5. Nabi Yunus a.s dikeluarkan dari perut ikan Nun
  6. Kesalahan Nabi Daud a.s diampun oleh ALLAH s.w.t
  7. Nabi Yusuf a.s dibebaskan dari penjara
  8. Nabi Ya'kub a.s dapat melihat kembali
  9. Nabi Ayub a.s disihatkan dari penyakit kulit
  10. Laut merah terbelah dua
Amal Ibadah yang dianjurkan pada bulan Muharram
  1. Puasa Sunat Muharram
  2. Bersedekah
  3. Mandi Sunat
  4. Menyatuni anak yatim
  5. Melihat / Menziarah orang sakit
  6. Membaca doa awal Muharram

Selasa, 23 Disember 2008

Nafsu Ammarah

Petikan dari Al-Quran :-

Sesungguhnya nafsu ammarah itu menyuruh kepada kejahatan (12;53)

Ammarah salah satu nafsu yang meliputi jiwa manusia. Nafsu itu mewarnai segala perbuatannya yang serba berlebihan. Jika nafsu amarah telah menguasai akal-pikiran manusia, maka tabiatnya akan condong pada kehidupan yang serba mewah. Meski, untuk mencapainya harus menempuh jalan yang melanggar syariat Islam. Jika nafsu amarah telah menguasai akal-pikiran manusia, maka tabiatnya akan condong pada kehidupan yang serba mewah. Meski, untuk mencapainya harus menempuh jalan yang melanggar syariat Islam.

Ciri-ciri Nafsu Ammarah :-
  • Meninggalkan sembahyang.
  • Tidak Berpuasa
  • Mementingkan Keduniaan
  • Sombong / Riak / Angkuh
  • Suka berjudi
  • Sifat Pemarah / Bengis
  • dan sebagainya

Cara menundukkan nafsu Ammarah :-

Sebaik-baik dzikrullah bagi orang-orang yang masih pada tahapan pembersihan serta menundukkan nafsu ammarah ialah zikir nafi itsbat:


لاَاِلَهَ اِلاَّاللهُ

Laa Ilaaha Illallaah (Tidak ada tuhan kecuali Allah”. Hal itu harus dilakukan terus menerus. “Orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi seraya berdo’a: “Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka”. (QS. Ar-Ruum, 32)

Peringkat-Peringkat Nafsu

Seperti mana yang kita tahu ..... terdapat 7 peringkat nafsu yang perlu dilalui ...... tidak semua yang mampu kita sampai ..... Tetapi ... jika kita berusaha .... insyaALLAH .... kita mampu sampai ke peringkat keempat iaitu Mutma-innah.

7 Pedringkat Nafsu :-
  • Amarah
  • Lawwamah
  • Mulhimah
  • Mutmainnah
  • Rodiah
  • Mardiah
  • Kamilah

Isnin, 15 Disember 2008

Ajaran Sesat ......

1. Ajaran sesat ialah sebarang ajaran atau amalan yang dibawa oleh orang-orang Islam atau bukan Islam yang mendakwa bahawa ajaran dan amalan tersebut adalah ajaran Islam atau berdasarkan kepada ajaran Islam sedangkan hakikat ajaran dan amalan yang dibawa itu bertentangan daripada Islam yang berdasarkan al-Qur'an dan al-Sunnah serta juga bertentangan dengan ajaran ahli Sunnah wal jamaah.
2.Beberapa faktor (punca) telah dikenalpasti oleh JAKIM sebagai punca berlaku penyelewengan akidah, antaranya yang paling utama ialah:
i. tersebarnya secara meluas buku yang berunsur ajaran sesat di pasaran atau melalui koleksi khas para "guru" ajaran-ajaran sesat berkenaan
ii. ramai kalangan individu yang cuba menonjolkan diri sebagai orang yang arif dalam ilmu-ilmu pengubatan dan agama semata-mata bertujuan kerana kepentingan diri atau lain-lain kepentingan dengan berbagai-bagai gelaran

Lain-lain faktor ialah:
i. Tasawwuf falsafah @ Teosofi
ii. Ajaran Batiniah
iii.Ajaran Syiah
iv.Khurafat, Amalan Bomoh dan Tradisi
v. Usaha menjauhkan umat Islam dari al-Qur'an dan al-Sunnah.

Dalam usaha mengatasi masalah ajaran sesat ini, pihak berkuasa agama Islam negeri-negeri dan JAKIM telah bekerjasama erat melalui berbagai program dan Jawatankuasa-jawatankuasa berkaitan yang bertujuan bagi mengembalikan mereka kepada akidah yang sebenar. Antara usaha yang dilakukan ialah dengan:
i-menyediakan pengajaran dan pendidikan Islam formal dan tidak formal secara berterusan di Institusi-institusi pelajaran
ii-mentahqiq kitab-kitab lama yang dikenalpasti mempunyai unsur-unsur penyelewengan atau yang dikhuatiri boleh menyumbang kepada penyelewengan akidah
iii-mengadakan ceramah-ceramah / taklimat dan seumpamanya.
iv-menerbitkan buku dan risalah yang berkaitan dengan akidah
v-penerangan melalui media elektronik dengan menyediakan slot khas mengenai ajaran salah dalam program anjuran Bahagian Dakwah dan Bahagian Media Elektronik JAKIM.

*** Dipetik dari Laman Web Jakim http://baheis.islam.gov.my/web/musykil_new.nsf ***

Sabtu, 13 Disember 2008

Jenis-Jenis Syirik

Jenis syirik

Syirik dibahagikan kepada dua iaitu syirik khafi (tersembunyi) dan syirik jali (terang dan nyata).

Syirik jali ialah syirik yang terang, nyata dan besar yang boleh menyebabkan seseorang itu dianggap jatuh ke tahap kufur. Syirik ini boleh berlaku melalui salah satu daripada tiga keadaan iaitu:

  1. Menerusi i’tiqad seperti meragui atau menafikan kewujudan Allah. Justeru, mana-mana fahaman yang meragui dan menafikan kewujudan Allah seperti fahaman komunis dan ateis adalah jelas syirik.
  2. Menerusi perbuatan atau amalan tertentu seperti menyembah patung, berhala, batu, pokok, matahari, bulan bintang atau objek tertentu. Perbuatan memuja nasib dan meminta nombor ekor di kubur tertentu atas dakwaan kubur itu keramat juga adalah unsur syirik. Bahkan ulama menjelaskan perbuatan terlalu memuja dan mendewakan orang atau pemimpin tertentu juga adalah perbuatan syirik.
  3. Menerusi lidah atau perkataan seperti menghalalkan perkara haram dan mengaku keluar daripada agama Islam. Termasuk dalam kategori ini ialah perkataan yang boleh menyebabkan terbatal syahadah seseorang Muslim.

Syirik khafi ialah syirik yang kecil dan tersembunyi yang menyebabkan hilang atau luputnya pahala seseorang. Syirik itu banyak berkaitan dengan perbuatan riak di dalam beramal atau melakukan sesuatu perkara.

Perkara itu jelas disebut dalam al-Quran melalui firman Allah yang bermaksud: “Barang siapa yang berharap untuk bertemu dengan Allah (di hari akhirat kelak), maka hendaklah dia melakukan amal salih dan janganlah dia mempersekutukan Allah dengan sesuatu di dalam ibadatnya.” – (Surah al-Kahfi, ayat 110)

Maksud syirik di dalam beramal seperti dalam ayat itu ialah menunjuk-nunjuk ketika beramal atau riak di dalam beramal.

Rasulullah SAW dalam sabdanya pernah menasihatkan sahabat supaya berhati-hati dan menjauhi syirik kecil, lantas ditanya oleh sahabat apakah yang dimaksudkan dengan syirik kecil itu. Maka Rasulullah menjawab, syirik kecil yang dimaksudkan ialah riak dalam beramal.

Allah menjelaskan bahaya syirik khafi dalam firman-Nya yang bermaksud: “Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu dan kepada nabi-nabi terdahulu sebelummu, jika kamu mempersekutukan Tuhan, nescaya akan terhapuslah segala amalanmu dan tentulah kamu termasuk di kalangan orang yang rugi.” – (Surah az-Zumar, ayat 65)

Firman Allah lagi yang bermaksud: “Barang siapa yang mempersekutukan sesuatu dengan Allah (tidak ikhlas kepada-Nya dalam beramal), maka adalah dia seolah-olah telah jatuh dari langit lalu disambar oleh burung atau diterbangkan angin ke tempat yang jauh.” – (Surah al-Hajj, ayat 31)

Melihat kepada situasi hari ini, ternyata amalan mensyirikkan Allah sama ada syirik jali atau khafi berlaku secara sedar atau tidak. Walaupun daripada kalangan orang Islam tidak menyembah berhala, tetapi mereka terdedah kepada perbuatan syirik.

Kepercayaan kepada tempat keramat, keyakinan secara membuta tuli terhadap bomoh atau dukun, penggunaan tangkal dan azimat, menyembah kemewahan dunia dan material, keyakinan rezeki seperti gaji dan upah datang daripada manusia dan bermacam lagi adalah antara amalan yang menjurus kepada syirik.

Gejala syirik khafi tidak kurang hebatnya dengan berleluasanya gejala riak, beramal untuk manusia, perasaan dengki, mengharap reda manusia, bermuka-muka, tidak ikhlas, menandakan amalan syirik memang menguasai hidup umat Islam kini.


(Dipetik dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Syirik)

Syirik

Syirik adalah perbuatan menyekutukan Allah dalam apa juga bentuk sama ada perkataan, pegangan, perbuatan dan iktiqad iaitu dengan menjadikan suatu yang lain iaitu makhluk bernyawa atau tidak sekutu bagi Allah.

Menyekutukan Allah jelas dianggap syirik apatah lagi perbuatan mengaku diri sebagai tuhan. Lebih mengundang bahaya apabila golongan ini ada di dalam masyarakat sama ada diketuai orang Islam atau bukan Islam.

Firman Allah yang bermaksud: “Bahawasanya, sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga dan tempat kembalinya ialah ke neraka.” – (Surah al-Ma’idah, ayat 72)

Firman-Nya lagi yang bermaksud: “Bahawa sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa seseorang yang syirik kepadanya dan Allah akan mengampunkan kepada sesiapa yang Dia kehendaki iaitu selain dari dosa syirik. Barang siapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar.” – (Surah an-Nisa’, ayat 48)

Dalam surah yang sama, ayat 116, Allah mengulangi kembali dosa besar syirik melalui firman-Nya yang bermaksud: “Bahawa sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa seseorang yang syirik kepadanya dan Allah akan mengampunkan kepada sesiapa yang Dia kehendaki iaitu selain dari dosa syirik. Barang siapa yang mempersekutukan Allah, maka sesungguhnya ia telah tersesat sejauh-jauhnya.”

Dalam surah Luqman, Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya syirik itu adalah satu kezaliman yang amat besar.” – (Surah Luqman, ayat 13)

Penegasan bahaya syirik tidak terhenti setakat itu saja, malah ditegaskan lagi melalui sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidakkah pernah aku nyatakan kepada kamu mengenai dosa yang paling besar? Baginda mengulanginya sebanyak tiga kali. Sahabat menjawab: Sudah tentu wahai Rasulullah. Sabda baginda: Syirik kepada Allah dan menderhaka kepada kedua ibu bapa. Ketika itu Baginda bersandar dan kemudian baginda duduk. Sabda Baginda lagi: Perkataan yang palsu dan penyaksian yang palsu.”

Seorang sahabat bernama Abdullah bertanya kepada Rasulullah SAW: “Apakah dosa yang paling besar di sisi Allah? Jawab Baginda: “Engkau menjadi suatu yang lain sekutu bagi Allah sedangkan Dialah yang menjadikan kamu. Aku (Abdullah) berkata: Sesungguhnya ini suatu yang berat. Aku bertanya lagi: Kemudian apa lagi dosa yang besar? Baginda menjawab: “Engkau membunuh anak kamu sendiri kerana takut fakir. Aku bertanya, kemudian apa lagi? Baginda menjawab: “Engkau berzina dengan isteri jiranmu sendiri.” – (Hadis riwayat Muslim)

Daripada Anas menyebut bahawa Rasulullah SAW bersabda mengenai dosa besar iaitu mensyirikkan Allah, menderhaka kedua ibu bapa, membunuh nyawa dan memberi penyaksian palsu. – (Hadis riwayat Muslim)

Hadis lain, daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW telah menasihatkan sahabat dan orang Islam supaya menjauhi tujuh perkara yang membinasakan hidup seseorang iaitu mensyirikkan Allah, melakukan perbuatan sihir, membunuh nyawa yang diharamkan oleh Allah kecuali dengan jalan yang benar, memakan harta anak yatim, memakan riba, lari daripada medan peperangan dan menuduh perempuan Mukmin suci melakukan zina. – (Hadis riwayat Muslim)


(Dipetik dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Syirik)

Jumaat, 5 Disember 2008

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum .......

Saya dan se isi keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin kepada semua sahabat2, rakan2 dan semua yang mengenali diri saya ini.

Kami juga mendoakan agar semua diampunkan dosa dan dimurahkan rezeki.